Bahan-bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata. Bahan-bahan 2D mungkin memerlukan cara untuk memaparkannya. Biasanya papan paparan digunakan. Antara papan paparan yang boleh digunakan ialah papan hitam, papan putih, papan pelabagai guna, papan magnetik, dan ‘flip charts’
1] GAMBAR
Gambar foto sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem. Ianya dihasilkan dengan menggunakan kamera digital atau kamera bimbit.
![]() |
Gambar |
2] CARTA
Carta merupakan kumpulan gambarajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama iaitu melibatkan gambaran satu proses atau pun aliran perubahan sesuatu. Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan carta tersebut mempunyai tujuan pengajaran yang jelas. Amnya carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visual.Terdapat pelbagai jenis carta, contohnya, carta organisasi, garis aliran (time lines), carta aliran (flow chart) dan graf.
![]() |
Carta |
Menurut Zakaria, (2006) ,graf adalah kumpulan simpul (nodes) yang dihubungkan satu sama lain melalui sisi (edges).Graf juga merujuk kepada hasil analisis data statistik ( nombor ) yang ditunjukkan dalam bentuk gambarajah yang membolehkan pemahaman dengan sekali pandang. Dengan lain perkataan graf adalah penyataan data gambarajah yang dapat menarik minat kepada penglibatan manusia dalam menyampaikan secara cepat dan tepat rumusan maklumat tersebut.
![]() |
Graf |
4] GRAFIK
Grafik adalah gambar yang dilukis dalam bentuk hitam putih atau berwarna-warni. Anda boleh merujuk kepada Tajuk 2 untuk mendapat penerangan tentang grafik.
![]() |
Grafik |
Kad imbasan merupakan satu kad yang mempunyai maklumat ringkas, contohnya, nombor, perkataan, huruf dan sebagainya. Maklumat pada kad imbasan perlu jelas,ringkas dan tepat. Ianya merupakan bahan yang sangat sesuai digunakan dalam bilikdarjah pra sekolah. Kad imbasan tulisan selalunya berukuran 1/8 daripada kertas manila.
![]() |
Kad Imbasan |
6] PETA
Pengertian peta secara umum adalah gambaran dari permukaan bumi yang digambar pada bidang datar, yang diperkecil dengan skala tertentu dan dilengkapi simbol sebagai penjelas. Dengan menggunakan peta, kita dapat mengetahui segala hal yang berada di permukaan bumi, seperti letak suatu wilayah, jarak antarkota, lokasi pegunungan, sungai, danau, lahan persawahan, jalan raya, bandara, dan sebagainya. Ketampakan yang digambar pada peta dapat dibagi menjadi dua yaitu ketampakan alami dan ketampakan buatan manusia (budaya).
![]() |
Peta |
7] POSTER
Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang menggabungkan penggunaan garisangarisan, huruf-huruf serta warna-warna dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan. Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyaibentuk yang dinamik dan berwarna bagi menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesej dengan spontan. Guru harus berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus menerus.
![]() |
poster |
8] KAD GAMBAR
![]() |
Kad Gambar |
No comments:
Post a Comment